KINI KAMI BERSAMA ANDA !

ajk kelab ICT

AKTIVITI

1.LIPUTAN BERGAMBAR TILAWAH QURAN PERINGKAT DAERAH 13.7.2009
2.LIPUTAN BERGAMBAR TILAWAH QURAN PERINGKAT NEGERI 11.8.2009

Selasa, 8 September 2009

TILAWAH PERINGKAT NEGERI 2009

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor
Berakhir Dengan Jayanya.

11 Ogos 2009, Selasa - Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor yang diadakan di Daerah Kota Tinggi berjalan dengan lancar. Majlis yang menjadi acara tahunan itu melibatkan seramai 230 orang peserta yang terdiri dari Murid-Murid Sekolah Agama dari darjah satu hingga darjah enam. Sebanyak 23 acara dipertandingkan antaranya bahagan Al-quran, Barzanji, Syarahan, Azan, Bercerita, Tulisan Khat dan Kuiz. Majlis yang dijalankan serentak itu melibatkan empat lokasi disekitar bandar Kota Tinggi.
Terdahulu pada sebelah malamnya, peserta tilawah dan guru pengiring telah diraikan dalam satu majlis makan malam yang dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Ahli Parlimen Kota Tinggi dan Datin. Dalam majlis yang diadakan di Dataran Tun Seri Lanang, Bandar Kota Tinggi, dalam ucapannya beliau mengingatkan kepada yang hadir betapa kesetabilan politik dan perpaduan sangat penting dalam masyarakat majmuk seperti di negara kita, tanpanya mudahlah anasir luar menganggu gugat dan menimbulkan suasana yang tidak menentu sehingga boleh memporak perandakan kesetabilan negara. Jika orang islam tidak bersatu, bangsa-bangsa lain juga mudah mengemukakan tuntutan-tuntutan yang tidak menasabah dan melanggar perlembagaan negara yang selama ini disepakati. Beliau juga dengan murah hati menaja sebahagian perbelanjaan pada malam tersebut.Turut hadir semua Pegawai Pendidikan Negeri dan Daerah.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada johan dalam setiap kategori telah diadakan di Dewan Sultan Ibrahim Kota Tinggi dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor. Daerah Pontian telah merangkul johan keseluruhan dengan diikuti Daerah Batu Pahat dan Mersing tempat ketiga.
Dalam ucapan perasmiannya Yang Berhormat Dato’ Haji Zainal Abidin bin Osman mengingatkan supaya sentiasa berpegang dengan ajaran islam dan menjadikan Al-quran dan Al-hadith sebagai panduan dan menggesa supaya kita sentiasa mengkaji dan menyelidikinya bukan sekadar dibaca dan dipertandingkan sahaja. Program membudayakan Al-quran yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor sejak 13 tahun yang lalu dan diikuti dengan program membudayakan As-sunnah, menunjukkan kometmen kerajaan dalam menjadikan kedua-dua sumber hukum tersebut dapat dihayati dan dipraktikkan.
Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang berjaya dan yang kurang berjaya tidak semestinya mereka gagal, mungkin nasib tidak menyebelahi mereka.

Khamis, 23 Julai 2009

LOGO KELAB ICT PENDIDIKAN AGAMA KOTA TINGGI

Rabu, 22 Julai 2009

PENGENALAN

PROFAIL KICT:

MISI:

1. Membantu jabatan memberi pengajaran dan latihan kepada guru-guru menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

2.Menyampaikan maklumat semasa dan berkaitan sekolah kepada guru-guru dan masyarakat .

3.Membantu jabatan menyediakan guru-guru yang celik ICT disetiap sekolah.

4.Membantu jabatan menyediakan tenaga kerja mahir untuk keperluan semasa dan masa depan.


VISI:
Memastikan Warga Guru Agama Daerah Kota Tinggi berupaya menggunakan dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian.


MATLAMAT:

Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan dasar ICT Kementerian Pelajaran Malaysia.


OBJEKTIF :
1.Meningkatkan pembangunan dan penggunaan insfrastruktur ICT di sekolah.

2.Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT.

3.Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui program-program ICT.

4.Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap, sistematik dan berkesan di sekolah.

5.Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT.

6. Menyediakan pusat sumber maklumat untuk warga guru dan masyarakat.


JAWATANKUASA KICT:

PENAUNG : TN HJ AHMAD DHIAUDDIN BIN HJ SALIMIN
PENASIHAT : TN HJ MOHD ZAINI B HJ ABD HAMID
PN HJH SITI NORIZAH BT HJ SAYATI
PENGERUSI : TN HJ ALIAS B HJ HARON
NAIB PENGERUSI : PN ROPINAH BT HJ YAHYA
SETIAUSAHA : EN. NOR AZMAN B BACHOK
NAIB SETIAUSAHA : PN ZETY AZLIN BT ELIAS
BENDAHARI : CIK HAMIDAH BT MIRDAN
AHLI JAWATANKUASA :
EN. NOREZZAN B MISLAN
EN. RAZIF SHAH B ZAINAL
EN. MOHAMAD HAIRULNIZAM B MOHAMAD HAMZAH
EN FADZLIDIN B SAMUDIN
EN.MOHAMMAD HAZRI B MOHD TASRIM
PN KAMARIAH BT HJ SUMIRI
PN WAN ASMAH BT WAN MOHAMAD
PN NORHAFIZAH BT ISMAIL
PN ANITA BT MOHAMAD
PN AZLINA BT ALANG ADNAN
PN SARIDAH BT SUMADI
PN SITI NORIZATIE BT AZIS
PN SHAMSIAH BADRIAH BT HUSSEIN
PN NORAINI BT SULIMAN
CIK NOR AIZUM BT BAHARI
JURU AUDIT :
EN JOHRI B WAHAB
PN ROSLINAWATI BT ABD AZIB



PENUBUHAN KELAB ICT PPADKT:

1. Kelab ICT PPADKT ditubuhlan bagi membantu guru-guru dalam bidang teknologi maklumat seperti penggunaan komputer serta perisiannya.

2. Teknik pengambaran video dan video editing juga didedahkan kepada ahli.

3. Didedahkan teknik penulisan berita akhbar oleh pemberita.

4. Bengkel teknik fotografi yang oleh Wak Dazar

banyak lagi...