KINI KAMI BERSAMA ANDA !

ajk kelab ICT

AKTIVITI

1.LIPUTAN BERGAMBAR TILAWAH QURAN PERINGKAT DAERAH 13.7.2009
2.LIPUTAN BERGAMBAR TILAWAH QURAN PERINGKAT NEGERI 11.8.2009

Selasa, 8 September 2009

TILAWAH PERINGKAT NEGERI 2009

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor
Berakhir Dengan Jayanya.

11 Ogos 2009, Selasa - Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor yang diadakan di Daerah Kota Tinggi berjalan dengan lancar. Majlis yang menjadi acara tahunan itu melibatkan seramai 230 orang peserta yang terdiri dari Murid-Murid Sekolah Agama dari darjah satu hingga darjah enam. Sebanyak 23 acara dipertandingkan antaranya bahagan Al-quran, Barzanji, Syarahan, Azan, Bercerita, Tulisan Khat dan Kuiz. Majlis yang dijalankan serentak itu melibatkan empat lokasi disekitar bandar Kota Tinggi.
Terdahulu pada sebelah malamnya, peserta tilawah dan guru pengiring telah diraikan dalam satu majlis makan malam yang dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Ahli Parlimen Kota Tinggi dan Datin. Dalam majlis yang diadakan di Dataran Tun Seri Lanang, Bandar Kota Tinggi, dalam ucapannya beliau mengingatkan kepada yang hadir betapa kesetabilan politik dan perpaduan sangat penting dalam masyarakat majmuk seperti di negara kita, tanpanya mudahlah anasir luar menganggu gugat dan menimbulkan suasana yang tidak menentu sehingga boleh memporak perandakan kesetabilan negara. Jika orang islam tidak bersatu, bangsa-bangsa lain juga mudah mengemukakan tuntutan-tuntutan yang tidak menasabah dan melanggar perlembagaan negara yang selama ini disepakati. Beliau juga dengan murah hati menaja sebahagian perbelanjaan pada malam tersebut.Turut hadir semua Pegawai Pendidikan Negeri dan Daerah.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada johan dalam setiap kategori telah diadakan di Dewan Sultan Ibrahim Kota Tinggi dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor. Daerah Pontian telah merangkul johan keseluruhan dengan diikuti Daerah Batu Pahat dan Mersing tempat ketiga.
Dalam ucapan perasmiannya Yang Berhormat Dato’ Haji Zainal Abidin bin Osman mengingatkan supaya sentiasa berpegang dengan ajaran islam dan menjadikan Al-quran dan Al-hadith sebagai panduan dan menggesa supaya kita sentiasa mengkaji dan menyelidikinya bukan sekadar dibaca dan dipertandingkan sahaja. Program membudayakan Al-quran yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor sejak 13 tahun yang lalu dan diikuti dengan program membudayakan As-sunnah, menunjukkan kometmen kerajaan dalam menjadikan kedua-dua sumber hukum tersebut dapat dihayati dan dipraktikkan.
Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang berjaya dan yang kurang berjaya tidak semestinya mereka gagal, mungkin nasib tidak menyebelahi mereka.